Text Resize

-A A +A

Switch style

Pengeluaran Baka Unggas

Pada masa ini terdapat tiga (3) buah ladang pembiakan unggas dibangunkan oleh Jabatan ini untuk membekalkan bibit ternakan ayam kampung, itik penelur, burung puyuh, angsa, patu, turki, burung unta kepada penternak. Ladang-ladang pembiakan tersebut adalah seperti berikut:-

Pusat Pembiakan Unggas Bantayan, Tuaran

Latar Belakang

Pusat ini terletak di KM3, Jalan Kg. Bantayan, Tamparuli. Ia dimulakan pada 1984 diatas kawasan seluas 62 ekar.

  1. Jenis/baka ternakan yang terdapat di pusat ini termasuk:-
  2. Ayam Kacukan
  3. Puyuh (IKAT)
  4. Ayam Kampung
  5. Angsa (Chinese)
  6. Ayam Angi
  7. Angsa (Denmark)
  8. Ayam Penelur (Golden Comet)
  9. Ayam Turki (Australia)
  10. Puyuh (Japonica)
  11. Ayam Turki (Bronze)
  12. Puyuh (French)
  13. White King Pigeon (USA)
  14. Puyuh (English)
  15. Ayam Mutiara
  16. Burung Unta

Fungsi dan Peranan

  1. Membiakbaka dan memperbanyakkan ayam kampung kacukan dan burung puyuh serta mengalakkan masyarakat kampung menghasilkan sumber protein bagi mereka yang kurang berkemampuan.
  2. Menjalankan penyelidikan keatas penternakan unggas.
  3. Memberi latihan dan khidmat nasihat kepada para penternak dalam penterrnakan ayam dan burung puyuh.

Alamat

Bantayan, Tuaran.
Tel No: 088-782063 / 088-782428
Fax No: 088-782612


Pusat Pembiakan Unggas Itik, Kiansam, Inanam

Latar Belakang

Pusat ini terletak di Km 4, Jalan Kiansam, Inanam. Ia dimulakan pada tahun 1975 di atas kawasan seluas 57.7 ekar.

Jenis/baka itik yang terdapat di pusat ini termasuk:

Itik Daging

  1. Pekin
  2. Cherry Valley
  3. Patu/Muscovy

Itik Penelur

  1. William Siam
  2. Khaki Campbell
  3. Taiwanese
  4. Local

Fungsi dan Peranan

  1. Membiakbaka dan memperbanyakkan itik telur bagi menampung pertumbuhan industri itik.
  2. Menjalankan kajian penyelidikan keatas penternakan itik.
  3. Memberi latihan dan khidmat nasihat kepada para penternak dalam penterrnakan itik.

Alamat

Kiansam, Inanam.
Tel No: 088-422002
Fax No: Tiada

Pusat Pembiakan Unggas Itik, Bongawan

Latar Belakang

Pusat ini seluas 10 ekar, terletak di Km 3, Jalan Ulu Bongawan, Bongawan, Papar

Fungsi dan Peranan

  1. Membiakbaka dan memperbanyakkan itik telur bagi menampung pertumbuhan industri itik.
  2. Menjalankan kajian penyelidikan keatas penternakan itik.
  3. Memberi latihan dan khidmat nasihat kepada para penternak dalam penterrnakan itik.

Alamat

Jalan Ulu Bongawan, Bongawan, Papar.
Tel No: 087-861539
Fax No: 087-861539