Text Resize

-A A +A

Switch style

Pengeluaran Baka Rusa

Pada masa ini JPHPT memiliki tiga (3) buah ladang pembiakan rusa untuk membiak baka Rusa tempatan atau Sambar deer (Cervus unicolor brookei), Rusa Indonesia (Axix-axis), Rusa Merah (Cervus elaphus) dan Rusa Timorensis (Cervus Timorensis) untuk dijual kepada para penternak. Ladang-ladang pembiakan tersebut adalah seperti berikut:

Projek Pembangunan Rusa, Sebrang, Keningau

Latar Belakang

Projek ini telah mula dibangunkan pada 1977. Kini kawasan tanah seluas 30 ekar telah dibangunkan dan mempunyai 180 ekor rusa. Pada tahun 2000, sebanyak 17 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

  1. Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.
  2. Menjalankan penyelidikan ke atas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan.
  3. Menjalankan kajian keatas penggunaan tanduk rusa (Velvet) untuk diproses menjadi ubat .
  4. Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa. 

Alamat

Sebrang, Keningau
Tel No: 087-331546
Fax No: 087-331546

Projek Pembangunan Rusa, Batu 16,Tawau

Latar Belakang

Projek ini telah mula dibangunkan pada 1986 di kawasan tanah seluas 25 ekar dan kini mempunyai 117 ekor rusa baka Rusa Sambar, Rusa Timorensis dan Rusa Merah. Pada tahun 2000, sebanyak 18 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

  1. Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.
  2. Menjalankan penyelidikan keatas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan
  3. Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa.

Alamat

Batu 16, Jalan Apas Balong, Tawau.
Tel No: 089-916249
Fax No: 089-766227

Projek Pembangunan Rusa, Telupid

Latar Belakang

Projek ini seluas 81 ekar dan ditempatkan dengan ternakan rusa pada 1994 dan kini mempunyai 556 ekor rusa. Pada tahun 2000, sebanyak 176 anak rusa telah dihasilkan.

Fungsi dan Peranan

  1. Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.
  2. Menjalankan penyelidikan keatas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharan secara perladangan.
  3. Memberi khidmat nasihat kepada para penternak dalam pengurusan dan pemakanan rusa.

Alamat

Telupid, Sandakan.
Tel No: 011-820356
Fax No: Tiada

 

 

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

Unit Pembangunan Industri Tenusu dan Rusa
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.

Tel: 088-287407 Fax: 088-287418

Comments

Ternakan Rusa

Hi,

Saya berminat untuk memulakan ternakan rusa dan sedang mencari bekalan induk jantan dan betina yg berpatutan. Saya tertanya jika pihak JPHPT mempunyai bekalan untuk penternak.
Berapa harga seekor rusa induk jantan dan betina? Saya berada di semenanjung, bolehkah pihak tuan/puan membekal ke semenanjung?
Terima kasih.
Email:red_hair83@yahoo.com

Re: Ternakan Rusa

Terima kasih kerana mengunjungi laman sesawang ini. JPHPT Sabah memang ada menjual baka rusa. Untuk keterangan lanjut tuan boleh menghubungi Pengurus-pengurus Ladang seperti yang tertera di atas atau berhubung terus dengan Penolong Pengarah Pembangunan Industri Rusa melalui email Samto.Sulah@sabah.gov.my 

Last updated: 25/08/2017