Text Resize

-A A +A

Switch style

Pengeluaran Baka Lembu Tenusu

PENGENALAN

Percubaan dan penilaian terhadap pemeliharaan lembu tenusu telah di mulakan pada tahun 1976 di dua buah ladang milik Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah iaitu di Stesen Pembiakan Ternakan Sebrang, Keningau dan Stesen Pembiakan Ternakan Bt.16, Tawau. Pemeliharaan lembu tenusu terus berkembang di negeri Sabah dan kedua-dua ladang ini telah banyak memainkan peranan dalam pembangunan industri tenusu terutamanya dalam pembekalan baka-baka lembu tenusu kepada penternak-penternak.

FUNGSI DAN PERANAN

  • Membiakbaka dengan kaedah permanian beradas untuk menghasilkan lembu tenusu kacukan untuk dibekalkan kepada para penternak di bawah program Projek Lembu Tenusu.
  • Memberi latihan dalam bidang pengurusan lembu tenusu khusus kepada peserta yang telah dipilih untuk menyertai Projek Lembu Tenusu.
  • Sebagai sebuah Pusat Pengumpulan Susu (PPS).
  • Untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang berhubungkait dengan pengurusan, pembiakan, pemakanan dan kawalan penyakit lembu tenusu. Kerja ini termasuk koservasi foraj seperti silage dan hay dan kajian ke atas pemeliharaan lembu tenusu secara intensif dan komersil dan seterusnya meningkatkan efisiensi dan produktiviti.

MAKLUMAT LADANG

Pada umumnya Jabatan hanya mempunyai populasi lembu tenusu sebanyak lebih kurang 730 ekor dengan 380 ekor pembiak induk dan 60 ekor pembiak dara setahun. Daripada populasi lembu tenusu milik Jabatan, sejumlah besar adalah terdapat di Stesen Pembiakan Ternakan Sebrang, Keningau di mana ladang tersebut telah dikhaskan untuk dijadikan pusat pengeluaran baka lembu tenusu. Berikut adalah maklumat kedua-dua ladang:

LADANG
SPT Tawau
SPT Sebrang
Keluasan Improve Pastura (ekar)
777
800
Populasi (ekor)
261
469
Pembiak Induk
110
271
Pembiak Dara
28
30
Kelahiran (ekor)
80
142
Penjualan (ekor):
 
 
Takai
9
64
Biakbaka
3
5
Pengagihan
44
0
Pengeluaran Susu (L)
122,384.00
109,002.90

 

BAKA LEMBU TENUSU

Baka lembu tenusu yang di perkenalkan ke negeri Sabah adalah berasaskan daripada dua baka iaitu baka Sahiwal yang berasal daripada Pakistan dan baka Friesian yang berasal daripada Negara Eropah. Di negeri Sabah, Jabatan sedang membiak lembu-lembu tenusu untuk menghasilkan baka yang dinamakan Sabah Sahiwal Friesian.

KETERANGAN LANJUT

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

Unit Pembangunan Industri Tenusu dan Rusa
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.

Tel: 088-287407 Fax: 088-287418