Text Resize

-A A +A

Switch style

Pengeluaran Baka Lembu Pedaging

PENGENALAN

Di bawah Rancangan Malaysia Ke Dua, Rancangan Malaysia Ke Empat dan Rancangan Malaysia Ke Enam, Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah melalui Unit Pembangunan Sumber Genetik telah membangun lima buah lembu pedaging ladang dalam usaha meningkatkan pengeluaran baka lembu pedaging bagi memenuhi permintaan baka daripada penternak yang semakin meningkat dari masa ke semasa. Ladang-ladang yang dibangunkan adalah seperti berikut:

  • Stesen Pembiakan Ternakan Bt.16, Tawau (SPT Tawau)
  • Pusat Pembanyakan Ternakan Wario, Kota Belud (PPT Wario)
  • Pusat Pembanyakan Ternakan Timbang Menggaris, Kota Belud (PPT TM)
  • Pusat Pembanyakan Ternakan Entilibon, Telupid (PPT Entilibon)
  • Pusat Menternak Lembu Dara Kalumpang, Tawau (PLMD)

OBJEKTIF

Unit Pembangunan Sumber Genetik mempunyai objektif yang berikut dalam pembangunan ladang-ladang lembu pedaging:

  1. Menghasilkan dan membekalkan baka ternakan ruminan yang bermutu kepada penternak Negeri Sabah untuk pembangunan industri ternakan yang mampan dan berdayasaing.
  2. Membangun ladang-ladang Jabatan sebagai model ladang yang di iktiraf untuk dicontohi oleh penternak di Negeri Sabah.
  3. Memberi khidmat kepakaran dan kemudahan latihan kepada kakitangan/penternak dalam pembangunan industri penternakan lembu, kambing, payau dan kerbau.
  4. Menyediakan kemudahan penyelidikan berkaitan dengan ternakan ruminan kepada penyelidik-penyelidik dalam dan luar Jabatan.
  5. Mengeluarkan produk-produk ternakan yang berkualiti untuk kegunaan domestik.

DATA PENGELUARAN

Pada masa kini ladang-ladang Jabatan mempunyai populasi lebih kurang 1880 ekor lembu pedaging dengan 830 ekor pembiak induk dan pembiak dara. Data terperinci (2004) bagi setiap ladang adalah seperti berikut:

LADANG
SPT Tawau
PPT Wario
PPT Entilibon
PPT TM
PLMD
Populasi (ekor):
524
346
131
222
272
Pembiak Induk
223
128
56
93
84
Pembiak Dara
27
34
39
19
34
Kelahiran (ekor)
158
52
13
49
60
Penjualan (ekor):
 
 
 
 
 
Takai
32
16
1
13
14
Biakbaka
41
1
5
2
18
Pengagihan
43
17
3
12
 

Pada tahun 2003, Jabatan telah memeterai perjanjian dengan pihak MARDI dan Department of Business, Industry and Resource Development, Northern Territory, Australia dalam pemindahan teknologi untuk pembangunan lembu pedaging di Negeri Sabah. Sehubungan dengan itu, latihan yang berkaitan juga diadakan untuk Pengurus-Pengurus Ladang bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan mereka.

BAKA LEMBU PEDAGING

Dalam usaha Jabatan meningkatkan pembekalan baka-baka lembu pedaging, Jabatan melalui ladang-ladang jabatan telah berusaha menjalankan pembiakan baka-baka lembu pedaging. Di Sabah terdapat beberapa baka lembu pedaging yang sedang dikaji kesesuaiannya dengan keadaan setempat seperti:

  1. Baka Brahman
  2. Baka Kacukan Brahman
  3. Baka Simbrah
  4. Baka Droughtmaster
  5. Baka Bali
  6. Baka Kacukan Bali

KETERANGAN LANJUT

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-

Unit Pembangunan Sumber Genetik
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.

Tel: 088-287407
Fax: 088-287418

Comments

Salam sejahtera, Saya

Salam sejahtera,
Saya berminat untuk menceburi bidang pertanian dan penternakan tetapi saya tidak tahu bagaimana hendak bermula. Adakah pihak jabatan pertanian / vertinari menyediakan perkhidmatan seperti konsultansi / khidmat nasihat bagi orang baru yang berminat untuk menceburi bidang pertanian / penternakan.
Yang Benar dan Ikhlas,
Reynold J Mijol,
email: reynoldmijol@yahoo.com

Jawapan kepada pertanyaan En. Reynold J Mijol

En. Reynold J Mijol,
Pihak Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah ada menyediakan khidmat nasihat berhubung sub-sektor penternakan. Sila berjumpa dengan pegawai di Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak daerah berdekatan untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

Last updated: 25/08/2017