Pengeluaran Baka Kambing dan Bebiri
PENGENALAN
Pada masa ini Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah mempunyai lima buah ladang kambing yang bertanggungjawab dalam pengeluaran baka-baka kambing untuk penternak-penternak di Sabah. Ladang-ladang yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
- Pusat Pembiakan Kambing Bongawan, Papar (PPK BGN)
- Pusat Pembiakan Kambing Purutan, Tambunan (PPK PTN)
- Pusat Pembiakan Kambing, Lahad Datu (PPK LD)
- Pusat Pembiakan Kambing, Telupid (PPK TLD)
- Pusat Pembiakan Bebiri, Ranau (PPB RNU)
FUNGSI DAN PERANAN
-
Membiakbaka ternakan kambing dan bebiri bermutu tinggi untuk dijual dan diagihkan kepada para penternak.
-
Menjalankan kerja-kerja penyelidikan keatas pembiakan, pemakanan dan pengawalan penyakit ternakan kambing dan bebiri
-
Memberi latihan serta khidmat nasihat dalam pengurusan dan penternakan kambing dan bebiri kepada penternak yang berminat.
MAKLUMAT LADANG
Pada umumnya ladang-ladang kambing jabatan mempunyai populasi kambing lebih kurang 1400 ekor dimana terdapat 850 ekor pembiak induk dan 85 ekor pembiak dara bagi kelima-lima ladang yang dinyatakan. Maklumat ladang adalah seperti berikut:
LADANG
|
PPK BGN
|
PPK PTN
|
PPK LD
|
PPK TLD
|
PPB RNU
|
Keluasan Improve Pastura (ekar)
|
90
|
400
|
60
|
91
|
35
|
Populasi (ekor)
|
389
|
569
|
342
|
134
|
343
|
Pembiak Induk
|
183
|
338
|
175
|
38
|
117
|
Pembiak Dara
|
46
|
|
21
|
17
|
30
|
Kelahiran (ekor)
|
172
|
239
|
82
|
109
|
137
|
Penjualan (ekor):
|
|
|
|
|
|
Takai
|
33
|
19
|
13
|
24
|
52
|
Biakbaka
|
54
|
43
|
29
|
2
|
30
|
BAKA KAMBING
Pada masa ini Jabatan hanya menumpukan kepada dua jenis baka utama sahaja dalam pengeluaran baka-baka kambing ia itu baka AUSTRALIAN FERAL GOAT dan BOER. Selain itu Jabatan juga membuat pembiakan kacukan diantara kedua-dua baka tersebut bagi mendapatkan baka kacukan yang bermutu tinggi. Hasil pembiakan dan baka-baka yang dihasilkan diharap akan dapat meningkatkan genetik kambing para penternak.
KETERANGAN LANJUT
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
Unit Pembangunan Sumber Genetik
Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Aras 3 Blok B, Wisma Pertanian Sabah
Beg berkunci 2051, 88999 Kota Kinabalu
Sabah.
Tel: 088-287407
Fax: 088-287418
- Login to post comments