Text Resize

-A A +A

Switch style

Pelan Mikro 'Balance of Trade' (BOT) Sektor Ternakan

Bagi mengurangkan bil import makanan Negeri, Jabatan dalam perancangan pembangunan sehingga 2010 telah menetapkan sasaran pengeluaran komoditi ternakan seperti pada jadual tersebut di bawah. Jika pelan ini dapat direalisasikan, nilai pengeluaran hasil ternakan dijangka akan mencecah RM1.2juta setahun, di mana kadar pengimportan barangan ternakan/hasil ternakan disasar akan dikurangkan daripada nilai RM269 juta (tahun 2000) kepada RM52 juta (tahun 2010). Ini bererti nilai import hasil ternakan akan menyusut sebanyak 80.5 % daripada nilai tahun 2000, walaupun imbangan eksport dengan import masih bersifat defisit, di mana import barangan tenusu (dairy products) masih cukup tinggi.

Sasaran Pengeluaran Komoditi Ternakan Negeri Sabah (2004 - 2010) dipaparkan sebagai berikut:

    Sasaran Pengeluaran mengikut Tahun
  Komoditi 2004 2005 2006 2007 2008 2009 2010
  Daging Lembu (tan metrik) 2,248 2,678 3,481 4,306 5,367 6,572 7,830
  Daging Kambing (tan metrik) 49 67 95 131 175 231 301
  Susu Segar (juta liter) 8.46 10.05 14.59 17.35 20.5 24.69 28.77
  Daging Ayam (tan metrik) 31,870 43,665 53,226 60,610 63,792 73,592 85,437
  Telur Ayam (tan metrik) 36,538 37,634 38,763 39,926 41,124 42,360 43,630
  Daging Khinzir (tan metrik) 7,920 7,920 7,920 9,900 9,900 9,900 9,900
Last updated: 06/01/2017