Text Resize

-A A +A

Switch style

Objektif & Strategi

Objektif dan strategi Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Sabah ialah seperti berikut:

Objektif

  • Mencegah, mengawal dan membasmi penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik.
  • Menentukan bahan-bahan haiwan untuk makanan manusia suci, bersih dan sesuai untuk dimakan.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri haiwan yang mantap.
  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri makanan haiwan.
  • Menentukan kebajikan dan kesejahteraan semua haiwan sentiasa terpelihara.

Strategi

  • Meninggikan daya pengeluaran ternakan dengan menggunakan sistem pengurusan, pembiakan dan pemakanan ternakan yang menggunakan teknologi moden yang sesuai.
  • Menggalakkan penyertaan penternak-penternak kecil di dalam rancangan penternakan secara program tersusun seperti program tenusu, lembu pedaging, ternakan kerbau, kambing/bebiri dan rusa.
  • Menambah dan membekalkan ternakan-ternakan yang bermutu melalui pembiakan dan pengimportan baka ternakan yang bermutu tinggi.
  • Menggunakan sumber bekalan makanan ternakan yang bermutu tinggi melalui pembangunan dan penggunaan padang ragut, tanaman rumput/foder persendirian dan penggunaan sisa-sisa pertanian serta integrasi di antara tanaman dengan ternakan.
  • Menyampaikan perkhidmatan kesihatan veterinar yang cekap dan memuaskan ke arah peningkatan taraf penternakan dan pertumbuhan industri ternakan.
  • Menyampaikan perkhidmatan kesihatan awam veterinar supaya makanan yang dihasilkan daripada ternakan dapat disampaikan dalam keadaan selamat dan berkualiti.
  • Menjalankan kegiatan-kegiatan penyelidikan dan pembangunan ke arah meningkatkan pengeluaran dan kesihatan ternakan.
  • Menambah kemudahan-kemudahan latihan dan pengembangan serta khidmat nasihat susulan untuk menentukan kejayaan rancangan-rancangan penternakan melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan.
  • Menambah kemudahan infrastruktur Jabatan supaya dapat memberi perkhidmatan di kawasan luar bandar dengan lebih mudah dan meluas.
  • Mewujudkan kepakaran dalam bidang kawalan pencemaran dari aktiviti penternakan.
  • Memastikan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan bidang veterinar berjalan dengan baik.