Text Resize

-A A +A

Switch style

MALAM VETERINAR 2019 Sempena Persidangan dan Mesyuarat Tahunan DVS Sabah Tahun 2019

MALAM VETERINAR 2019 Sempena Persidangan dan Mesyuarat Tahunan Jabatan Tahun 2019,  anjuran bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dengan Kelab Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah berlangsung pada 11 Disember 2019 di Shangrila’s Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu. MALAM VETERINAR 2019 ini diadakan sempena Persidangan dan Mesyuarat Tahunan DVS Sabah 2019 yang telah berlangsung mulai 10 hingga 11 Disember 2019 di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah, Kota Kinabalu. Sebanyak 4 kertas taklimat, 5 kertas perkongsian ilmu dan 5 taklimat isu semasa telah dibentang sepanjang Persidangan kemudian disusuli dengan Mesyuarat Tahunan DVS Sabah Tahun 2019 yang melibatkan seramai 100 orang anggota jabatan.  Majlis ini adalah untuk meraikan para penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Tahun 2018 dan para anggota yang bersara pada tahun 2019.

Last updated: 18/01/2020