Text Resize

-A A +A

Switch style

Malam Veterinar 2016

Malam Veterinar 2016 telah berlangsung pada 30 November 2016 di Shangri-La’s Tanjung Aru Resort & Spa, Kota Kinabalu. Perasmian Malam Veterinar telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Ahmad Awg. Hashim, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Majlis ini anjuran Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah dengan kerjasama Koperasi Veterinar Sabah Berhad turut meraikan para anggota yang bersara pada tahun 2016 serta penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2015. Turut disampaikan 14 kategori Anugerah Industri Ternakan 2016 sempena Ulang Tahun ke-40 Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah. Turut hadir para penternak dan usahawan industri ternakan.

Last updated: 25/08/2017