Text Resize

-A A +A

Switch style

Majlis Penyerahan Tabung Wira Lahad Datu

 
Majlis ringkas penyerahan Tabung Wira Lahad Datu sumbangan daripada anggota Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak, Kota Kinabalu telah berlangsung pada 9 Mei 2013. Majlis penyerahan sumbangan sebanyak RM1667.00 telah disempurnakan oleh Ybhg Dr. Yeo Boon Kiat, Pengarah Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah kepada wakil MAKSAK. Turut hadir menyaksikan majlis ringkas ini ialah Dr. Nasip Eli, Timbalan Pengarah Bahagian Perkhidmatan Veterinar dan Ir. Harun Hj. Abas, Timbalan Pengarah Pembangunan Industri Ternakan.