Text Resize

-A A +A

Switch style

Majlis Penyampaian Bendera Kepada Kontinjen Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah ke Program Kecergasan dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2018

Majlis Penyampaian Bendera Kepada Kontinjen Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah ke Program Kecergasan dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2018 telah berlangsung pada 31 Januari 2018 di Ibu Pejabat JPV Sabah. Majlis telah disempurnakan oleh YBhg Dr Nasip Eli, Pengarah JPV Sabah. Dr Peter A.K Lee, Timbalan Pengarah Perkhidmatan Veterinar selaku Ketua Kontinjen JPV Sabah  telah menerima Bendera Negeri Sabah sebagai simbolik majlis ini. Seramai 50 orang  anggota akan mengambil bahagian dalam beberapa acara seperti Futsal Wanita, Futsal Lelaki Terbuka, Futsal Lelaki Veteran, Tenis Lelaki, Bowling VIP dan karom sepanjang program berlangsung mulai 3 hingga 6 Februari 2018 di Kota Bahru, Kelantan.

Last updated: 28/11/2018