Text Resize

-A A +A

Switch style

Lawatan 5S Ke Unit Perpustakaan Ibu Pejabat JPHPT

 
Unit Perpustakaan JPHPT telah menerima kunjungan 5S dari anggota JPHPT Daerah Papar sempena  Lawatan 5S pada 01/02/2012. Tujuan lawatan tersebut adalah untuk memantapkan lagi konsep dan amalan 5S yang sedia ada di pejabat JPHPT Wilayah/Daerah. Unit Perpustakaan Ibu Pejabat JPHPT pernah menjadi Johan dalam pertandingan antara Perpustakaan Kementerian/Jabatan peringkat negeri Sabah 2006. Konsep dan amalan 5S yang digunapakai dalam sistem pentadbiran perpustakaan ini adalah di antara kriteria yang membantu dalam pertandingan tersebut. Sehingga kini Unit Perpustakaan Ibu Pejabat JPHPT menjadi salah satu contoh dalam jabatan ini yang mengamalkan sistem 5S dan sentiasa mendapat kunjungan dari dalam maupun luar pejabat JPHPT.
 
Sumber disediakan oleh:
Puan Erizia Ejoh
Unit Perpustakaan JPHPT Sabah