Text Resize

-A A +A

Switch style

LAPORAN HARIAN PENYAKIT HIGHLY PATHOGENIC AVIAN INFLUENZA (HPAI) H5N1 DI TUARAN, SABAH 03 September 2018

  1. Satu laporan kematian luarbiasa pada ladang ayam penelur di Kampung Kauluan,Tamparuli,Tuaran,Sabah telah diterima oleh DVS Sabah pada 27  Julai 2018. Sehubungan itu, penyiasatan dan persampelan telah dijalankan pada tarikh yang sama oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS Sabah) serta larangan pergerakan unggas/produk unggas/sisa buangan unggas telah dikeluarkan.
  2. Keputusan makmal pada 4 Ogos 2018 oleh Institut Penyelidikan Veterinar, Ipoh, Perak mengesahkan sampel dari ladang tersebut positif H5N1. Tindakan kawalan dan pembasmian penyakit telah dilaksanakan dengan serta merta oleh DVS Sabah.
  3. Keseluruhan Daerah Tuaran telah diisytiharkan sebagai kawasan dijangkiti penyakit selsema burung berkuatkuasa pada 3hb Ogos 2018, dibawah Enakmen Haiwan 2015 seksyen 45(1). Walau bagaimana pun aktiviti kawalan dan pembasmian penyakit tertumpu dikawasan 5km radius dari foci jangkitan. 1km radius merupakan zon jangkitan manakala 4km dari zon jangkitan adalah zon survelan.
  4. Pasukan petugas pemusnahan telah digerakkan untuk meneruskan aktiviti penghapusan dan pelupusan di dalam 1km dari premis terjangkit. Ternakan unggas yang dilupuskan di dalam kawasan 1km radius adalah ternakan yang didapati berisiko berpenyakit dan terjangkit.
  5. Pasukan survelan meneruskan aktiviti survelan didalam kawasan 4km dari kawasan wabak. Di dalam aktiviti survelan, pemerhatian klinikal terhadap semua unggas dilakukan dan pengambilan sampel calitan kloakal (cloacal swab), darah dan karkas (jika terdapat kematian) diambil. Sampel-sampel tersebut dihantar ke Makmal Diagnosa Veterinar Kota Kinabalu, Sabah untuk ujian saringan dan sekiranya positif, sampel akan dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar (VRI), Ipoh untuk ujian pengesahan.
  6. Daripada segi pengurusan penyakit, kemajuan aktiviti kawalan penyakit adalah seperti berikut:
  • Status Disyaki(Kelabu) - Tanda klinikal yang dikesan pada unggas atau positif semasa ujian saringan lapangan\
  • Status Aktif(Merah) - Penyakit HPAI disahkan melalui ujian makmal
  • Status Kawalan(Kuning) - Tindakan      kawalan      (kuarantin      penyakit) kempen kesedaran dan pemusnahan serta pelupusan unggas telah selesai dijalankan
  • Status Pulih(Hijau) - Tiada jangkitan HPAI baru dikesan dalam zon jangkitan dan zon survelan dalam tempoh 21 hari
  • Status Bebas(Putih) - Tiada        jangkitan       baru  dikesan      dalam  zon jangkitan dan zon survelan selama tempoh 90 hari (3 bulan) dari tarikh kes/jangkitan terakhir dikesan

 7.  Sekatan Jalan Raya (SJR) telah diteruskan sebagai kawalan pergerakan unggas dan produk unggas keluar daripada daerah Tuaran.
 8. Status terkini situasi AIV H5N1 dan aktiviti pada 03 September2018:
     a. Tiada jangkitan dan lokasi baru yang disahkan positif hariini.
     b. Sebanyak 111 unggas dan 5 0telur dihapuskan dan dilupuskan pada hari ini.
     c. Pada hari ini, sebanyak 1 buah kampung telah dijalankan aktiviti survelan iaitu;
         - Kg. Pangkalan,Tenghilan
         - Kg. Bunga,Tenghilan
     d. Sebanyak 30 sampel telah diambil dari 2 buah kampung tersebut dan telah dihantar ke Makmal Diagnosa Veterinar untuk ujian saringan.
     e. Tiada kes rampasan unggas/produk unggas/sisa buangan unggas dalam operasi sekatan jalan raya.
     f. Tiada Kempen kesedaran telah dilakukan pada hariini.

 9. Secara keseluruhan sehingga 03 September2018:
     a. Tujuh foci telah disahkan positif H5N1; 2 foci berstatus hijau (pulih), 2 foci berstatus kuning (terkawal) dan 3 foci masih berstatus merah (aktif):
Foci: 1
Tarikh disahkan positif: 4 Ogos 2018
Lokasi/Kampung: Kg. Kauluan, Tuaran
Spesis: Ayam Penelur
Status: Hijau(Pulih)
 
Foci: 2
Tarikh disahkan positif: 8 Ogos 2018
Lokasi/Kampung: Kg. Telibong, Tuaran
Spesis: Ayam Kampung
Status: Hijau(Pulih)
 
Foci: 3
Tarikh disahkan positif: 13 Ogos 2018
Lokasi/Kampung: Kg. Laputong, Tuaran
Spesis: Ayam Kampung
Status: Kuning(Terkawal)
 
Foci: 4
Tarikh disahkan positif: 16 Ogos 2018
Lokasi/Kampung: Kg. Kebayau, Tuaran
Spesis: Ayam Kampung
Status: Hijau(Pulih)
 
Foci: 5
Tarikh disahkan positif: 23 Ogos 2018
Lokasi/Kampung: Kg. Desa Sri Taman, Laya-laya, Tuaran
Spesis: Itik Patu
Status: Merah(Aktif)
 
Foci: 6
Tarikh disahkan positif: 24 Ogos 2018
Lokasi/Kampung: Kg. Ladnag, Tuaran
Spesis: Ayam Kampung
Status: Merah(Aktif)
 
Foci: 7
Tarikh disahkan positif: 24 Ogos 2018
Lokasi/Kampung: Kg. Raganan, Kiulu
Spesis: Ayam Kampung
Status: Merah(Aktif)
 
    b. Secara kumulatif sebanyak 33,586 ekor unggas dan 4,564 biji telur ayam didalam kawasan 1km radius dari setiap foci jangkitan telah selesai dihapuskan dan dilupuskan.
    c. Sejumlah 241 buah premis unggas dari 89 buah kampung/kawasan telah dijalankan survelan aktif. 
    d. Jumlah sampel yang telah diambil adalah sebanyak 1,448sampel.
    e. Sejumlah 8 kes rampasan unggas/produk unggas/sisa buangan unggas telah diambil dalam operasi sekatan jalanraya.
    f. Sebanyak 61 buah kempen kesedaran telah dijalankan melibatkan 669 orang.
  10. Setakat ini keadaan adalah terkawal dan jangkitan hanya dikesan pada unggas dan tiada kes dikesan dikalangan manusia.
  11. Orang ramai diminta melaporkan kepada Pejabat Veterinar yang terdekat jika terdapat kejadian kematian ayam.
 

Last updated: 13/09/2018