Text Resize

-A A +A

Switch style

Kempen Kesedaran Penyakit Haiwan 2019

Kempen Kesedaran Penyakit Haiwan 2019 anjuran DVS Sabah telah berlangsung pada 08 Mac 2019 di Dewan Serbaguna Wisma Pertanian Sabah. Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Dr. Daud Bin Yusof, Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Seramai 250 orang telah hadir terdiri daripada pegawai/anggota dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Jabatan Pertanian Sabah, Jabatan Perikanan Sabah, Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah, Koperasi Pembangunan Desa, Koperasi Kemajuan Perikanan dan Nelayan Sabah, Lembaga Industri Getah Sabah, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Malaysia Airports Sdn. Bhd, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu Sabah dan Penternak. Turut hadir bersama dari Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah ialah Pengarah DVS Sabah, para Timbalan Pengarah (TP), Ketua Penolong Pengarah Kanan (KPPK), Ketua Penolong Pengarah (KPP), Penolong Pengarah Kanan (PPK), Penolong Pengarah Kanan (PPK) Wilayah, Penolong Pengarah (PP), Penolong Pengarah (PP) Wilayah, Pegawai Penguasa Daerah, Pegawai Penguasa Unit/Pusat, Pengurus Ladang Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah dan anggota DVS Sabah yang terlibat secara langsung dalam aktiviti Pengawalan Penyakit Haiwan. Taklimat penyakit-penyakit haiwan telah disampaikan oleh Dr. Lim Khun Hiong, Dr. Zul Bahar Abd. Rashid, Dr. Robert Paulis dan Dr. Dk. Farah Ana binti Zaidun.

Last updated: 29/04/2019