Text Resize

-A A +A

Switch style

Kempen Kawalan Penyakit(K14P) dan Jerayawara(Roadshow) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 Wilayah Sandakan

Kempen Kawalan Penyakit(K14P) dan Jerayawara(Roadshow) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 Wilayah Sandakan telah berlangsung pada 8 November 2017 di Dewan Masyarakat Sandakan. Majlis ini telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah YBhg. Dr.Nasip Eli. Kempen dan jerayawara ini meliputi Wilayah Sandakan. Seramai lebih 200 peserta telah menghadiri majlis ini. Turut hadir Timbalan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr. Peter A.K. Lee dan Penolong-Penolong Pengarah serta anggota Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah, para sukarelawan, Pengamal veterinar swasta, penternak dan pengusaha industri ternakan. Selain taklimat, para sukarelawan kebajikan haiwan juga turut menerima watikah perlantikan masing-masing yang telah disampaikan oleh Dr.Nasip Eli. Pameran dan demonstrasi juga disediakan oleh jabatan dan pempamer swasta.

Last updated: 13/09/2018