Text Resize

-A A +A

Switch style

Jerayawara(Roadshow) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015

Jerayawara(Roadshow) Enakmen Kebajikan Haiwan 2015 telah berlangsung pada 10 Ogos 2017 di Dewan Serbaguna MAFI. Majlis telah disempurnakan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah. Jerayawara ini meliputi Wilayah Kota Kinabalu, Wilayah Beaufort, Wilayah Keningau dan Wilayah Kudat. Seramai 300 peserta telah menghadiri majlis ini. Turut hadir Setiausaha Tetap MAFI YBhg. En. Ahmad Ag Hashim, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah YBhg. Dr.Nasip Eli, Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di bawah MAFI, Timbalan Pengarah dan Penolong-Penolong Pengarah serta anggota Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah, para sukarelawan, Pengamal veterinar swasta, penternak dan pengusaha industri ternakan. Selain taklimat, para sukarelawan kebajikan haiwan juga turut menerima watikah perlantikan masing-masing yang telah disampaikan oleh YB. Datuk Seri Panglima Hj. Yahya Hussin. Pameran juga disediakan oleh jabatan dan pempamer swasta. 

Last updated: 05/06/2018