Text Resize

-A A +A

Switch style

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Menghantar Kontinjen Ke Program Kecergasan dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2018 di Kota Bahru Kelantan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar(JPV) Sabah telah menghantar kontinjen seramai 50 orang yang terdiri daripada anggota jabatan ke Program Kecergasan dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2018 di Kota Bahru Kelantan yang telah berlangsung pada 3 – 6 Februari 2018. Sepanjang program tersebut, JPV Sabah telah menjadi Juara Futsal Lelaki Terbuka, Juara Futsal Wanita, Juara Futsal Lelaki Veteran, Juara Tenis Lelaki dan Naib Juara Bowling VIP manakala bagi acara karom berakhir di peringkat Liga Kumpulan. YBhg Dr Nasip Eli, Pengarah JPV Sabah turut menyumbang Pingat Emas bagi acara Tenis Lelaki  manakala Timbalan Pengarah Perkhidmatan Veterinar Dr Peter A.K Lee selaku Ketua Kontinjen turut menyumbang Pingat Perak bagi acara Bowling VIP. Penganjur turut mengumumkan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perak selaku Tuan Rumah bagi Program Kecergasan dan Kecemerlangan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia 2020. Tahniah JPV Sabah!

Last updated: 04/04/2018