Text Resize

-A A +A

Switch style

Dasar dan Prosedur

BAHAGIAN A

A. MAKLUMAT ORGANISASI


1. NAMA ORGANISASI:

JABATAN PERKHIDMATAN HAIWAN DAN PERUSAHAAN TERNAK SABAH

2. WAWASAN:
Membangunkan suatu industri ternakan yang mantap menggunakan teknologi moden bagi menghasilkan tahap saradiri yang berkekalan dalam pengeluaran ternakan untuk konsumsi tempatan dan eksport.

3. OBJEKTIF:
  • Mencegah, mengawal dan membasmi penyakit-penyakit haiwan dan zoonotik.

  • Menentukan bahan-bahan haiwan untuk makanan manusia suci, bersih dan sesuai untuk dimakan.

  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri haiwan yang mantap.

  • Menggalakkan pertumbuhan dan pembangunan industri makanan haiwan.

  • Menentukan kebajikan dan kesejahteraan semua haiwan sentiasa terpelihara.

4. FUNGSI UTAMA
  • Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan ternakan.

  • Pengawalan, pencegahan dan penghapusan penyakit haiwan, kuarantin dan penyelidikan.

  • Pengandaan latihan bagi industri ternakan.

  • Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil ternakan.¡P Pemeriksaan daging, susu, telur dan pengawalan tempat penyembelihan.

  • Pengembangan pengeluaran dan kesihatan ternakan.

B. MAKLUMAT DASAR

5. DASAR

  1. DASAR UTAMA - PERINGKAT NEGERI.
  2. DASAR SOKONGAN - PERINGKAT JABATAN / BAHAGIAN

6. STRATEGI PELAKSANAAN DASAR

Strategi

  • Meninggikan daya pengeluaran ternakan dengan menggunakan sistem pengurusan, pembiakan dan pemakanan ternakan yang menggunakan teknologi moden yang sesuai.

  • Menggalakkan penyertaan penternak-penternak kecil di dalam rancangan penternakan secara program tersusun seperti program tenusu, lembu pedaging, ternakan kerbau, kambing/bebiri dan rusa.

  • Menambah dan membekalkan ternakan-ternakan yang bermutu melalui pembiakan dan pengimportan baka ternakan yang bermutu tinggi.

  • Menggunakan sumber bekalan makanan ternakan yang bermutu tinggi melalui pembangunan dan penggunaan padang ragut, tanaman rumput/foder persendirian dan penggunaan sisa-sisa pertanian serta integrasi di antara tanaman dengan ternakan.

  • Menyampaikan perkhidmatan kesihatan veterinar yang cekap dan memuaskan ke arah peningkatan taraf penternakan dan pertumbuhan industri ternakan.

  • Menyampaikan perkhidmatan kesihatan awam veterinar supaya makanan yang dihasilkan daripada ternakan dapat disampaikan dalam keadaan selamat dan berkualiti.

  • Menjalankan kegiatan-kegiatan penyelidikan dan pembangunan ke arah meningkatkan pengeluaran dan kesihatan ternakan.

  • Menambah kemudahan-kemudahan latihan dan pengembangan serta khidmat nasihat susulan untuk menentukan kejayaan rancangan-rancangan penternakan melalui peningkatan kemahiran dan pengetahuan.

  • Menambah kemudahan infrastruktur Jabatan supaya dapat memberi perkhidmatan di kawasan luar bandar dengan lebih mudah dan meluas.

  • Mewujudkan kepakaran dalam bidang kawalan pencemaran dari aktiviti penternakan.

  • Memastikan penguatkuasaan undang-undang yang berkaitan dengan bidang veterinar berjalan dengan baik.

7. PROGRAM DAN PROJEK BAGI MEREALISASIKAN STRATEGI

7.1. Program Pembanyakan/Pengeluaran Ternakan

 

7.1.1 Stesen Pembiakan Ternakan Sebrang

Objektif:

  1. Membiakbaka Lembu Tenusu melalui Program Pembiakan Kacukan untuk dijual dan diagihkan kepada para penternak di bawah Program Projek Lembu Tenusu.

  2. Menganjur dan memberi kursus dalam bidang Pengurusan Lembu Tenusu khusus kepada para penternakan Lembu Tenusu yang telah dipilih untuk menyertai Projek Lembu Tenusu.

  3. Sebagai sebuah Pusat Pengumpulan Susu (PPS) dimana susu segar yang dihasilkan oleh para penternak Lembu Tenusu di Keningau.

  4. Sebagai Pusat Penyimpanan (Holding Centre) bagi Lembu Tenusu yang diimport.

  5. Untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan yang berhubungkait dengan pengurusan, pembiakan, penternakan dan kawalan penyakit lembu tenusu.

Jenis Ternakan: Lembu Tenusu, Payau/Rusa
 

7.1.2 Stesen Pembiakan Ternakan, Batu 16, Tawau

Objektif:

a) Untuk membiakbaka Lembu Pedaging dan Lembu Tenusu khusus untuk dibekalkan kepada para penternak di Pantai Timur.

b) Berfungsi sebagai PUSAT PENGUMPULAN SUSU (PPS) Daerah Tawau.

c) Tempat untuk menjalankan penyelidikan.

Jenis Ternakan: Lembu Tenusu, Lembu Pedaging, Rusa

7.1.3 Pusat Pembanyakan Ternakan Wario

Objektif:

a) Membiakbaka dan menghasilkan Lembu Pedaging yang bermutu untuk dijual kepada penternak sebagai baka pembiak dengan harga subsidi.

b) Untuk membekalkan Lembu Pejantan yang bermutu untuk dipinjamkan kepada penternak.

c) Untuk memberi latihan/kursus kepada peserta atau penternak Lembu Pedaging dalam pengurusan lembu pedaging khususnya bagi penternak yang diberi bantuan program "Projek Pembangunan Lembu Pedaging".

Jenis Ternakan: Lembu Pedaging

7.1.4 Projek Ternakan Ruminan (Kerbau) Telupid

Objektif Jenis Ternakan:

a) Untuk menjalankan kajian keatas "reproductive-performance" ternakan kerbau sebagai pengeluar daging dibawah Sistem
Perladangan.

b) Untuk memperbaiki "reproductive-performance" melalui pemakanan, pemilihan baka dan kacukan atau breeding secara teratur.

c) Untuk membekalkan bibit ternakan kerbau.

d) Untuk memberi latihan kepada peserta "SKIM BANTUAN KERBAU" dalam pengurusan dan pengeluaran ternakan kerbau secara moden.

Jenis Ternakan: Kerbau

7.1.5 Projek Pembangunan Payau

Objektif Jenis Ternakan:

a) Untuk membuat penyelidikan ke atas tabiat, reproduksi dan pengurusan rusa dalam pemeliharaan secara perladangan.

b) Menghasilkan rusa pembiak untuk dibekalkan kepada penternak dan pihak swasta yang berminat dalam menternak rusa.

c) Untuk memberi khidmat nasihat, teknikal dan latihan dalam pengurusan dan penternakan rusa kepada penternak.

7.1.6 Projek Pembangunan Ayam/Itik

Objektif:

a) Membiak dan memperbanyakkan ayam kampung dan burung puyuh serta menggalakkan masyarakat kampung menghasilkan sumber protin bagi mereka yang kurang berkemampuan.

b) Meningkatkan taraf ekonomi luar Bandar.

c) Memenuhi permintaan daging ayam.

7.1.7 Pusat Pembiakan Kambing

Objektif:

a) Membangun dan mengujudkan pusat atau ladang pembiakan kambing dan bebiri untuk membiakbaka ternakan kambing dan bebiri.

b) Untuk memberi kursus/latihan serta nasihat teknikal kepada para penternak dalam pengurusan dan pemeliharaan ternakan kambing dan bebiri.

c) Untuk menjalankan kerja-kerja penyelidikan ke atas pembiakan, pemakanan dan pengawalan penyakit ternakan kambing dan bebiri.

7.1.8 Pusat Pembangunan Ternakan Itik

Objektif:

a) Berfungsi sebagai pusat genetik bagi pembiakan itik telur dan pedaging bagi menampung pertumbuhan industri itik.

b) Memberi bantuan teknikal kepada para penternak di kawasan persisiran supaya dapat bergerak maju dengan sendiri.

7.1.9 Pusat Pembangunan Arnab

Objektif:

a) Membiak dan memperbanyakkan arnab.

b) Sebagai alternatif sumber protin bagi penduduk Sabah.

c) Mewujudkan berbagai aktiviti dan meningkatkan ekonomi luar Bandar.

7.1.10 Pusat Pembiakan Ayam Kampong

Objektif:

a) Untuk memperbanyakkan ayam kampung kacukan untuk diagihkan ke kawasan terpencil.

b) Untuk meningkatkan taraf sosioekonomi.

c) Untuk meningkatkan standard pemakanan penduduk luar Bandar.

d) Untuk memenuhi permintaan terhadap daging ayam.

7.1.11 Pusat Menternak Lembu Dara Semporna

Objektif:

a) Untuk membekalkan bibit ternakan lembu pedaging kepada para penternak dibawah program Jabatan.

b) Membeli anak-anak lembu dari penternak tempatan dan dipelihara di pusat ini hingga dewasa dan hamil sebelum dijual atau diagihkan kepada para penternak yang layak dibawah program Jabatan.

c) Untuk memberi kursus dan latihan kepada para penternak dalam pengurusan lembu pedaging khususnya bagi penternak dari pantai timur Negeri ini.

7.1.12 Projek Bioteknologi

Objektif:

a) Untuk memproses dan menghasilkan FROZEN BULL SEMEN (air mani lembu beku) dari lembu tenusu, pedaging dan kerbau untuk kegunaan tempatan dan dieksport.

b) Untuk menjalankan kerja-kerja pemilihan lembu pejantan melalui PROGENY TESTING PROGRAMME.

c) Untuk memberi kursus dan latihan dalam ARTIFICIAL INSEMINATION (A.I) kepada pegawai dan kakitangan Jabatan dan para penternak.

7.2. Program Pembangunan Penternak (Sosek)

7.2.1 Projek Pembangunan Padang Ragut

Objektif:

a) Membangun Padang Ragut yang telah diwartakan untuk lebih produktif bagi pengeluaran ternakan dan pengeluaran bahan
makanan ternakan.

b) Melatih, memberi kesedaran dan kemahiran kepada penternak/pemegang amanah dalam pengurusan ternakan dan pengeluaran makanan ternakan secara bersepadu.

7.2.2 Projek Ternakan Pekebun Kecil (Lembu Pedaging)

Objektif:

a) Membantu meningkatkan taraf sosioekoomi penternak dengan menceburi bidang penternakan Lembu Pedaging.

b) Meningkatkan bilangan ternakan lembu dalam Negeri.

7.2.3 Projek Lembu Tenusu

Objektif:

a) Meningkatkan pengeluaran susu segar untuk keperluan penduduk tempatan (khususnya Program Susu Sekolah Kementerian Pembangunan Masyarakat & Hal Ehwal Pengguna).

7.2.3 Skim Pawah Kambing

Objektif:

b) Membantu meningkatkan taraf sosioekonomi peserta.

c) Meningkatkan bilangan ternakan kambing.

7.2.4 Skim Bantuan Kerbau

Objektif:

a) Membantu meningkatkan taraf sosioekonomi peserta.

b) Meningkatkan bilangan ternakan kerbau.

7.3. Program Perkhidmatan Pengembangan Veterinar

7.3.1 Projek Kemudahan Perkhidmatan Pengembangan Ternakan

Objektif:

a) Mempereratkan lagi tali perhubungan dengan para penternak dan para penguasa sektor perindustrian ternakan.

b) Memberi khidmat nasihat dari segi teknikal dan kemudahan infrastruktur dalam memperhebatkan produksi, peluang kerja dan pendapatan.

c) Mewujudkan dan menyediakan satu sistem, maklumat untuk para penternak.

7.4. Program Penyelidikan/Latihan

7.4.1 Penyelidikan Ternakan

Objektif:

a) Meningkatkan nilai pemakanan sumber-sumber makanan tempatan bagi pelbagai spesis ternakan ruminan.

b) Mengeksploitasikan persekitaran peladang tanaman utama untuk pengeluaran ruminan.

c) Mempergiatkan penggunaan sumber karbohidrat dan proten tempatan bagi pelbagai spesis ternakan bukan ruminan.

d) Meningkatkan kecekapan pengeluaran ternakan melalui pemakanan yang lebih berstrategi.

7.4.2 Pusat Penyelidikan dan Pembiakan Kerbau

Objektif:

a) Untuk melaksanakan penyelidikan ke atas ternakan kerbau bagi memperbaiki reproductive-performance bagi membolehkan ternakan kerbau sebagai pengeluar daging.

7.4.3 Pengeluaran Makanan Ternakan

Objektif:

b) Mengeluarkan makanan ternakan yang berkualiti dengan kos pengeluaran yang rendah untuk dibekalkan kepada ladang-ladang Jabatan dan para penternak.

c) Menjalankan kerja-kerja penyelidikan keatas makanan ternakan serta kursus dan latihan dalam pemerosesan makanan ternakan.

7.4.4 Projek Ekonomi dan Epidemiologi Veterinar

Objektif:

a) Mengumpul dan menganalisa maklumat dan status penyakit-penyakit haiwan/ternakan yang penting di Sabah.

b) Merancang dan mengawasi program tindakan pencegahan dan pembasmian penyakit haiwan/ternakan untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

c) Mengambil tindakan untuk menjamin bahawa haiwan / ternakan yang diimport untuk membiak adalah bebas daripada penyakit-penyakit yang penting.

7.5. Program Latihan

7.5.1 Pusat Latihan Menternak Bantayan, Tuaran

Objektif:

a) Melatih dan memindahgunakan kemahiran dan pengetahuan penternakan moden kepada penternak dan orang ramai yang berminat dalam industri penternakan untuk mengujudkan kumpulan penternak yang maju berdaya saing ke arah pengeluaran ternakan secara komersial.

b) Mengadakan kursus-kursus dalam perkhidmatan untuk Pegawai/Kakitangan JPHPT dan Agensi-Agensi Kerajaan atau Swasta.

7.6. Program Pengurusan Maklumat

7.6.1 Program Pembangunan Teknologi Maklumat Veterinar

Objektif:

a) Untuk mengujudkan suatu rangkaian Wide Area Network bagi semua pejabat di seluruh Sabah.

7.6.2 Projek Pembangunan Teknologi Maklumat

Objektif:

b) Untuk melaksanakan penggunaan perkakasan atomasi/elektrik yang sesuai dengan Veterinar dan Penternakan di Jabatan atau ladang termasuk aspek simulasi dan modeling.

7.7. Program Pengawasan dan Pengawalan Penyakit

7.7.1 Makmal Diagnosa Veterinar

Objektif:

c) Memberi perkhidmatan diagnosa yang cepat dan tepat kepada pegawai-pegawai dan Pembantu-Pembantu Veterinar dilapangan dan ladang-ladang.

d) Menjalankan kajian selidik terhadap penyakit ternakan dari segi epidemiologi penyakit, pengawalan dan pencegahan penyakit.

e) Pengawasan mutu hasil makanan daripada ternakan.

7.7.2 Stesen Kuarantin Haiwan

Objektif:

a) Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan infrastruktur dan peralatan pengamatan penyakit haiwan yang mencukupi dan memenuhi syarat kesihatan bagi penguatkuasaan Ordinan Haiwan dan peraturan kawalan kemasukan ternakan dan Hasil Ternakan.

b) Untuk menyediakan kemudahan mencegah, mengawal serta memantau penyakit haiwan eksotik.

c) Untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kawalan kemasukan haiwan dan hasil haiwan di pintu-pintu masuk Negeri Sabah.

7.7.3 Projek Epidemiologi Veterinar

Objektif:

a) Mengumpul dan menganalisa maklumat dan status penyakit-penyakit haiwan/ternakan yang penting di Sabah.

b) Merancang dan mengawasi program tindakan pencegahan dan pembasmian penyakit untuk meningkatkan hasil pengeluaran.

c) Mengambil tindakan untuk menjamin bahawa ternakan yang diimport untuk membiak adalah bebas daripada penyakit-penyakit yang penting.

7.7.4 Rumah Penyembelihan & Kesihatan Awam Veterinar

Objektif:

a) Untuk menyediakan kemudahan infrastruktur penyembelihan haiwan yang memenuhi standard kesihatan.

b) Untuk memastikan bahawa bekalan hasil haiwan tempatan yang terdapat di pasaran bebas dari sebarang jangkitan penyakit Zoonotik, Sisa Antibiotik serta Sisa Bahan Kimia yang lain.

c) Untuk membolehkan Negeri ini mengeluarkan hasil-hasil haiwan yang berdaya saing.

d) Untuk menyediakan kemudahan pemasaran ternakan bagi para pengeluar ternakan.

7.8. Program Penyediaan Kemudahan dan Infrastruktur

7.8.1 Projek Kereta-Kereta dan Perahu-Perahu

Objektif:

a) Untuk mempastikan supaya perkhidmatan pengembangan veterinar dapat disampaikan kepada penternak luar bandar untuk mendorong memajukan perusahaan ternakan agar hasil pengeluaran mereka lebih sihat dan lumayan.

7.8.2 Bangunan-Bangunan

Objektif:

a) Memperuntukan infrastruktur asas kepada pegawai Kerajaan yang menjalankan kerja-kerja perkhidmatan Veterinar dan perusahaan ternak di daerah-daerah.