Text Resize

-A A +A

Switch style

Pengumuman Penting

Pengumuman JPHPT.

LAPORAN HARIAN PENYAKIT HIGHLY PATHOGENIC AVIAN INFLUENZA (HPAI) H5N1 DI TUARAN, SABAH 03 September 2018

Summary: 
LAPORAN HARIAN PENYAKIT HIGHLY PATHOGENIC AVIAN INFLUENZA (HPAI) H5N1 DI TUARAN, SABAH 03 September 2018
  1. Satu laporan kematian luarbiasa pada ladang ayam penelur di Kampung Kauluan,Tamparuli,Tuaran,Sabah telah diterima oleh DVS Sabah pada 27  Julai 2018. Sehubungan itu, penyiasatan dan persampelan telah dijalankan pada tarikh yang sama oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS Sabah) serta larangan pergerakan unggas/produk unggas/sisa buangan unggas telah dikeluarkan.

Kenyataan Akhbar YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Berhubung wabak Selesma Burung

Summary: 
Kenyataan Akhbar YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Berhubung wabak Selesma Burung

Selesma Burung Dikesan dan Tindakan akan diambil dengan Serta Merta untuk kawalan penyakit.
 
Saya ingin memaklumkan bahawa sebelum ini memang terdapat kematian ayam yang tinggi di ladang seperti yang ditularkan (Viral).  Walaupun demikian mengikut 939 sampel yang diuji ketika itu secara berterusan memang semuanya didapati negatif dari sebarang jangkitan penyakit.
  

JPHPT SABAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN MS ISO 9001:2008

Summary: 
JPHPT Sabah telah mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2008

 
JPHPT Sabah telah mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2008 oleh Lloyd’s Register Quality Assurance Ltd (LRQA) berkuatkuasa mulai 10 Januari 2012 hingga 9 Januari 2015. Sistem pengurusan kualiti ini digunapakai untuk ”provision of veterinary services and development of livestock industry”. Pengiktirafan ini bagi menjamin kualiti perkhidmatan JPHPT Sabah dan penambahbaikan berterusan.

Masa Lawatan Di Stesen Kuarantin Haiwan JPHPT Kinarut, Papar

Summary: 
Masa lawatan di Stesen Kuarantin Haiwan JPHPT Kinarut, Papar berkuatkuasa mulai 27 Disember 2011.

Berkuatkuasa mulai 27 Disember 2011, masa lawatan di Stesen Kuarantin
Haiwan JPHPT Kinarut, Papar adalah seperti berikut :-

Isnin - Khamis
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
2.00 petang - 4.00 petang

Jumaat
10.00 pagi - 11.00 pagi
2.00 petang - 4.00 petang

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am
10.00 pagi - 11.00 pagi
Sekian dan harap maklum.

Penarafan 5 Bintang Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti 2015

Summary: 
Penarafan 5 Bintang Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti 2015

Jabatan telah mendapat Penarafan 5 Bintang Pengurusan Kewangan Indeks Akauntabiliti 2015 sempena Majlis Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pengurusan Kewangan Kementerian/Jabatan/Agensi Negeri Sabah Berdasarkan Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara Bagi Tahun 2016 dan 2015 pada 3 Oktober 2017 yang lalu. Majlis telah disempurnakan oleh Tan Sri Musa Hj. Aman, Ketua Menteri Sabah. Dengan kemenangan itu, jabatan telah membawa pulang sebuah pewter dan wang tunai RM15,000.00. Tahniah!

Kenyataan Akhbar Larangan Sementara Mengimport Haiwan Daripada Semenanjung Malaysia

Summary: 
Kenyataan Akhbar Larangan Sementara Mengimport Haiwan Daripada Semenanjung Malaysia

Larangan Sementara Mengimport Haiwan Daripada Semenanjung Malaysia Dengan serta merta semua pengimportan haiwan hidup, terutama anjing, kucing dan haiwan kesayangan lain dari Semenanjung Malaysia adalah dilarang. Ini berikutan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang telah diisytiharkan sebagai kawasan penularan wabak penyakit rabies atau anjing gila. Larangan import ini juga melibatkan semua haiwan dari atau melalui Wilayah Persekutuan Labuan.

Notis Downtime Operasi Sistem Portal DaVetSa

Summary: 
Notis Downtime Operasi Sistem Portal DaVetSa

Notis ini dikeluarkan kepada semua pengguna portal DaVetSa bahawa operasi sistem Portal DaVetSa akan mengalami downtime pada 21 Februari 2014 bermula jam 5.00 petang hingga 6.00 petang (1 jam). Downtime ini adalah untuk memberi laluan kerja-kerja penyelenggaraan server bagi meningkatkan keupayaan serta kecekapan sistem Portal DaVetSa. Sekian dan harap maklum.

Capaian Sembilan (9) Aplikasi Sistem Kerajaan Negeri Sabah Melalui Portal Single Sign On Bagi Pengguna Jalur Lebar

Summary: 
Capaian Sembilan (9) Aplikasi Sistem Kerajaan Negeri Sabah Melalui Portal Single Sign On Bagi Pengguna Jalur Lebar

Sukacita dimaklumkan bahawa Portal Single Sign On yang mengintegrasikan Sembilan (9) Aplikasi Sistem Kerajaan Negeri Sabah boleh dilayari menggunakan internet jalur lebar melalui url https://eg.jpkn.sabah.gov.my.
 

Lawatan Pemantauan dan Penyelenggaraan Komputer JPHPT Sabah 2013

Summary: 
Lawatan Pemantauan dan Penyelenggaraan Komputer JPHPT Sabah 2013

 
Lawatan pemantauan dan penyelenggaraan komputer JPHPT Sabah 2013 akan bermula pada 6 Mei 2013 hingga 14 Jun 2013. Lawatan ini dikendalikan oleh Unit Penerangan dan ICT, Seksyen Perancangan dan Pembangunan Sumber Manusia, Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak yang akan meliputi semua pejabat Bahagian/Wilayah/Daerah/Ladang/Unit jabatan diseluruh negeri Sabah seperti jadual berikut:-

Gotong Royong Mega 5S

Summary: 
Gotong Royong Mega 5S

 
Satu gotong royong secara besar-besaran selama 1 hari bagi Zon Ibu Pejabat akan diadakan pada 26 April 2013 bersamaan hari Jumaat bermula pada jam 08.30 pagi. Program gotong-royong 5S  adalah salah satu keperluan dalam pensijilan 5S dan memerlukan penyertaan menyeluruh daripada ahli/anggota di semua peringkat dalam organisasi tersebut. Gambar-gambar semasa gotong-royong akan diambil sebagai rekod dan bukti pelaksanaan. 

Syndicate content
Last updated: 28/11/2018