Text Resize

-A A +A

Switch style

Berita Semasa

Berita semasa JPHPT.

Tamu Besar Daerah Kecil Paitan

Summary: 
Tamu Besar Daerah Kecil Paitan

Tamu Besar Daerah Kecil Paitan telah berlangsung mulai 10 - 11 Jun 2014 di pekan Daerah Kecil Paitan. Seperti laizmnya, jabatan turut serta dalam pameran statik.

Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2014

Summary: 
Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2014

Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Kebangsaan 2014 akan berlangsung pada 14 Jun 2014 di Kompleks Sukan Keningau. Majlis perasmian dijangka  akan disempurnakan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia. 

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Teknikal Projek Sosek/Transformasi 2014

Summary: 
Mesyuarat Pegawai-Pegawai Teknikal Projek Sosek/Transformasi 2014

Mesyuarat Pegawai-Pegawai Teknikal Projek Sosek/Transformasi 2014 akan berlangsung pada 10 – 11 Jun 2014 di Binsulok Nature Resort, Kuala Penyu. 

Kursus Pembangunan dan Pengurusan Pastura

Summary: 
Kursus Pembangunan dan Pengurusan Pastura

Kursus Pembangunan dan Pengurusan Pastura akan berlangsung pada 9 – 12 Jun 2014 di SPT Sebrang, Keningau. Seramai 33 orang terlibat dengan kursus ini. 

Bengkel Pemandu Kenderaan

Summary: 
Bengkel Pemandu Kenderaan

Bengkel Pemandu Kenderaan akan berlangsung pada 9 Jun 2014(Isnin) di Pusat Pengurusan Veterinar, Tuaran. Seramai 35 orang pemandu kenderaan terlibat dengan bengkel ini.

JPHPT Sabah Tempat Pertama Kategori Prototaip

Summary: 
JPHPT Sabah Tempat Pertama Kategori Prototaip

JPHPT Sabah telah mendapat tempat pertama bagi Kategori Prototaip di Pameran/Showcase Inovasi sempena sambutan Hari Inovasi Sektor Awam Peringkat Negeri Sabah Tahun 2014 yang telah berlangsung pada 28 – 29 Mei 2014 di Auditorium Tun Ahmad Raffae, Menara Tun Mustapha. Tajuk pameran JPHPT Sabah ialah “Pengeluaran BIOGAS daripada Tinja Ternakan”. Dengan kemenangan ini, JPHPT Sabah telah menerima sijil beserta hadiah wang RM3000 (Ringgit Malaysia Tiga Ribu Sahaja).

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 Koperasi Veterinar Sabah Berhad

Summary: 
Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 Koperasi Veterinar Sabah Berhad

Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-17 Koperasi Veterinar  Sabah Berhad akan berlangsung pada 27 Jun 2014 (Jumaat), jam 2.30 petang di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah. Elaun kehadiran RM150 akan dibayar kepada setiap anggota yang hadir semasa mesyuarat tersebut. 

Pengagihan Bayaran Dividen KOPEKS

Summary: 
Pengagihan Bayaran Dividen KOPEKS

Sukacita dimaklumkan bahawa KOPEKS akan mengadakan Majlis Pengagihan Bayaran Dividen kepada anggota-anggota KOPEKS pada 26 Mei 2014(Isnin) mulai jam 8.30 pagi di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah. Semua anggota KOPEKS dijemput hadir.

Ceramah Kesedaran Pengguna

Summary: 
Ceramah Kesedaran Pengguna

Ceramah Kesedaran Pengguna telah berlangsung pada 22 Mei 2014 di Dewan Serbaguna, Wisma Pertanian Sabah. Ceramah ini dianjurkan oleh MAFI dan telah dihadiri oleh warga Jabatan/agensi di bawah MAFI.

Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan 2014

Summary: 
Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan 2014

Majlis Pelancaran Sambutan Perayaan Pesta Kaamatan 2014 telah diadakan pada 1 Mei 2014 di daerah Kota Marudu. Jabatan telah turut mengambil bahagian dalam program pameran dan demonstrasi pembuatan aiskrim serta pertandingan ternakan.
 
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2014 juga telah dan akan diadakan di beberapa buah daerah seperti berikut:-
 

Syndicate content