Text Resize

-A A +A

Switch style

Berita Semasa

Berita semasa JPHPT.

LAPORAN HARIAN PENYAKIT HIGHLY PATHOGENIC AVIAN INFLUENZA (HPAI) H5N1 DI TUARAN, SABAH 03 September 2018

Summary: 
LAPORAN HARIAN PENYAKIT HIGHLY PATHOGENIC AVIAN INFLUENZA (HPAI) H5N1 DI TUARAN, SABAH 03 September 2018
  1. Satu laporan kematian luarbiasa pada ladang ayam penelur di Kampung Kauluan,Tamparuli,Tuaran,Sabah telah diterima oleh DVS Sabah pada 27  Julai 2018. Sehubungan itu, penyiasatan dan persampelan telah dijalankan pada tarikh yang sama oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah (DVS Sabah) serta larangan pergerakan unggas/produk unggas/sisa buangan unggas telah dikeluarkan.

Kenyataan Akhbar YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Berhubung wabak Selesma Burung

Summary: 
Kenyataan Akhbar YB Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah Berhubung wabak Selesma Burung

Selesma Burung Dikesan dan Tindakan akan diambil dengan Serta Merta untuk kawalan penyakit.
 
Saya ingin memaklumkan bahawa sebelum ini memang terdapat kematian ayam yang tinggi di ladang seperti yang ditularkan (Viral).  Walaupun demikian mengikut 939 sampel yang diuji ketika itu secara berterusan memang semuanya didapati negatif dari sebarang jangkitan penyakit.
  

JPHPT SABAH MENDAPAT PENGIKTIRAFAN PERSIJILAN MS ISO 9001:2008

Summary: 
JPHPT Sabah telah mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2008

 
JPHPT Sabah telah mendapat pengiktirafan persijilan MS ISO 9001:2008 oleh Lloyd’s Register Quality Assurance Ltd (LRQA) berkuatkuasa mulai 10 Januari 2012 hingga 9 Januari 2015. Sistem pengurusan kualiti ini digunapakai untuk ”provision of veterinary services and development of livestock industry”. Pengiktirafan ini bagi menjamin kualiti perkhidmatan JPHPT Sabah dan penambahbaikan berterusan.

Masa Lawatan Di Stesen Kuarantin Haiwan JPHPT Kinarut, Papar

Summary: 
Masa lawatan di Stesen Kuarantin Haiwan JPHPT Kinarut, Papar berkuatkuasa mulai 27 Disember 2011.

Berkuatkuasa mulai 27 Disember 2011, masa lawatan di Stesen Kuarantin
Haiwan JPHPT Kinarut, Papar adalah seperti berikut :-

Isnin - Khamis
10.00 pagi - 12.00 tengah hari
2.00 petang - 4.00 petang

Jumaat
10.00 pagi - 11.00 pagi
2.00 petang - 4.00 petang

Sabtu, Ahad & Kelepasan Am
10.00 pagi - 11.00 pagi
Sekian dan harap maklum.

Kursus Induction and Key Changes of ISO 9001:2015 / Risk Based Thinking Workshop

Summary: 
Kursus Induction and Key Changes of ISO 9001:2015 / Risk Based Thinking Workshop

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah mengadakan satu kursus Induction and Key Changes of ISO 9001:2015 / Risk Based Thinking Workshop pada 23 Oktober 2018 Di Makmal Kesihatan Awam Veterinar, Kompleks Veterinar, Kepayan. Seramai 24 pegawai yang terdiri daripada Penolong Pengarah Kanan, Penolong Pengarah, Penolong Pengarah Wilayah, Pegawai Penguasa Daerah, Pegawai Penguasa Unit/Pusat, dan Pengurus Ladang telah menghadiri kursus ini. Ceramah telah disampaikan oleh Ms. Florance Genuine dari SQC Consulting Group Sdn. Bhd.

Bengkel Pengurusan Perolehan, Aset dan Stor Kerajaan

Summary: 
Bengkel Pengurusan Perolehan, Aset dan Stor Kerajaan

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah mengadakan Bengkel Pengurusan Perolehan, Aset dan Stor Kerajaan pada 17 – 18 Oktober 2018 di Pusat Pengurusan Veterinar, Tuaran yang telah dihadiri oleh 68 pegawai dan anggota dari Kementerian Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah, dan Jabatan Audit Negara, Negeri Sabah. Turut hadir bersama ialah Pengarah dan Timbalan Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah. Ceramah telah disampaikan oleh Encik Awang bin Haji Jali, Penolong Pengarah Audit, Jabatan Audit Negara, Negeri Sabah.

Persidangan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (PIT)

Summary: 
Persidangan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (PIT)

Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah telah mengadakan Persidangan Bahagian Pembangunan Industri Ternakan (PIT) pada 09 hingga 11 Oktober 2018 di Kudat Golf & Marina Resort yang telah dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Industri Ternakan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sabah Dr. Hj. Abdul Halim @ Mechor Juinis.

Mesyuarat Chief Information Officer (CIO) Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS) ke 40 (Bil.3/2018).

Summary: 
Mesyuarat Chief Information Officer (CIO) Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS) ke 40 (Bil.3/2018).

Mesyuarat Chief Information Officer (CIO) Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS) ke 40 (Bil.3/2018) telah diadakan pada 03 Oktober 2018 di Pan Borneo Hotel, Putatan, Kota Kinabalu. Turut hadir selaku wakil CIO DVS Sabah ke Mesyuarat CIO, AKNS pada kali ini ialah ialah En. Kennedy Juani.

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2018

Summary: 
Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah 2018

Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Sabah telah berlangsung pada 28 hingga 30 September 2018 di Padang Bandaran Tawau, Sabah. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Menteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, YB. Datuk Hj. Jaujan Sambakong, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri Sabah.

Audit New Standards Transition(NST) LRQA

Summary: 
Audit New Standards Transition(NST) LRQA

Audit New Standards Transition(NST) LRQA akan diadakan pada 6 Ogos 2018 mulai 8 pagi hingga 4 petang. Semua lokasi akan terlibat.

Syndicate content
Last updated: 28/11/2018