Menurut perintah dalam Enakmen Haiwan 2015 DVS Sabah telah dipertanggungjawabkan untuk mengendali fungsi-fungsi seperti berikut:
- Pengeluaran ternakan, hasil ternakan dan makanan ternakan.
- Pengawalan, pencegahan dan penghapusan penyakit haiwan, kuarantin dan penyelidikan.
- Penggandaan latihan bagi industri ternakan.
- Pengawalan import dan eksport ternakan dan hasil ternakan.
- Pemeriksaan daging, susu, telur dan pengawalan tempat penyembelihan.
- Pengembangan pengeluaran dan kesihatan ternakan.